
Faye Kusairi Dapat Cahaya Mata Pada Ulang Tahun Perkahwinan
Pelakon Faye Kusairi telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 9 April dalam satu pengumuman yang dibuat di laman sosial Instagram miliknya.
Menurut pelakon Tombiruo: Penunggu Rimba, kelahiran cahaya mata sulungnya itu adalah sama tarikh dengan ulang tahun perkahwinannya dengan Azmi Hatta.
“Bismilillahhirrahmannirrahim… Assalamualaikum semua, Mommy nak kongsi berita baik buat semua yang menanti. Pada 9 April lalu, saya dan suami bukan sahaja menyambut 1st year anniversary kami.
“Tanpa diduga, dengan izin dan keredaan Allah SWT, kami dikurniakan seorang putera pada hari yang sama. Syukur alhamdulillah, mommy dan baby sihat,” ujarnya.
Menurut Faye, ketika ini dia berada dalam keadaan yang penat sehingga terlambat berkongsi berita gembira berkenaan kepada peminat.
“Nanti kami akan kongsi nama putera kami pula. Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan baby,” ujarnya.
Faye dan Azmi telah mendirikan rumah tangga pada 9 April 2017. Sebelum ini, Azmi pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Elly Mazlein dan dikurniakan seorang cahaya mata. – KopiPlanet.com
Kredit foto: Instagram Faye Kusairi




