AntarabangsaHollywood

Mariah Carey Dedah Alami Bipolar Sejak 17 Tahun Lalu

Penyanyi Mariah Carey membuat pendedahan mengejutkan apabila berkata dia sudah 17 tahun menghidap penyakit bipolar tahap kedua.

Pengakuan itu dibuat Mariah menerusi temubual dengan majalah People baru-baru ini. Mariah didiagnosis dengan penyakit itu ketika dia dimasukkan ke hospital akibat emosi tidak stabil pada 2001.

Menurut Mariah, hanya beberapa tahun kebelakangan ini dia cuba menerima rawatan bagi memulihkan penyakitnya itu.

“Sebelum ini saya hanya membiarkan sahaja penyakit itu tanpa mendapat rawatan yang sewajarnya. Tapi sekarang saya dah tak mampu untuk menanganinya dan akan mengambil langkah untuk mendapatkan rawatan.

“Antara langkah-langkah yang saya ambil adalah seperti berada di sekeliling orang positif dan dekatkan diri dengan apa yang saya suka buat seperti menulis lagu dan bermain muzik,” katanya.

Mariah kini sedang menjalani terapi yang mana ada masa-masa tertentu dia akan mengalami insomnia akibat daripada kesan proses rawatan itu.

“Saya sekarang sedang menjalani terapi dan mengambil ubat-ubatan bagi merawat penyakit ini. Semuanya terkawal buat masa ini,” katanya lagi.

Bipolar juga dikenali sebagai kemurungan kronik adalah satu penyakit gangguan mental yang menyebabkan kemurungan dan tidak kestabilan emosi buat penghidapnya. – KopiPlanet.com

 

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button