• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Fazley Pentingkan Kualiti Sebelum Terima Tawaran Jadi Duta Produk

Penyanyi dan chef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob berkata beliau amat mementingnkan kualiti sebelum menerima mana-mana tawaran sebagai duta produk.

Menurut Fazley, sebagai seorang chef beliau sentiasa memastikan produk yang diwakilinya itu mengandungi bahan-bahan yang berkualiti selain mendapat kelulusan daripada kementerian berkaitan.

“Sebelum jadi duta memang saya akan periksa dulu kualiti sesuatu produk itu. Saya akan check dulu ramuan yang digunakan, pengilang serta mendapat kelulusan daripada pihak berkaitan.

“Untuk produk GoodMorning VHalia ini memang saya tidak ragu-ragu untuk menjadi duta kempen mereka kerana ibu saya memang dah guna produk ini sejak setahun lalu dan apabila ditawarkan oleh mereka sudah pasti saya gembira sebab produk minuman kesihatan ini memang betul-betul bagus dan berkesan,” kata Fazley kepada KopiPlanet.com.

Fazley ditemui pada pertandingan akhir masakan makanan berkhasiat menggunakan produk Good Morning VHalia yang diadakan di Restoran Suka-Sucre, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Fazley lagi sebagai seorang chef, beliau ingin memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia supaya sentiasa menjaga pemakanan agar dapat mengelak daripada dijangkiti penyakit berbahaya.

“Saya rasa ada tanggungjawab untuk menyedarkan orang ramai agar sentiasa jaga pemakanan yang kita ambil. Orang kita bila cakap pasal produk makanan organik, mereka kata ia mahal, tapi bagi saya bila kita dijangkiti penyakit dan perlu membayar kos perubatan itu lagi mahal.

“Saya pun ada terfikir selepas ini membuka sebuah restoran makanan kesihatan dan organik yang dijual pada harga berpatutan agar kita semua dapat menjaga kesihatan bersama-sama,” katanya lagi.

Fazley dilantik sebagai duta kempen GoodMorning VHalia sejak bulan Jun lalu. GoodMorning VHalia merupakan minuman bernutrisi yang terkandung 18 jenis bijirin penuh serta sembilan bahan unik lain.

Produk ini boleh didapati dengan harga pasaran RM47.00 untuk satu kilogram dan RM10.20 yang mengandungi lapan pek mudah. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend