Rancangan TVTV

Filem Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini Tayang Di Astro First

Astro Shaw dengan bangganya membawakan sebuah filem Kekeluargaan Indonesia Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini (NKCTHI) terus ke rumah anda di saluran Astro First bermula 23 April ini.

Istimewanya, ia merupakan filem pertama yang awalnya dijadualkan untuk ke pawagam namun kini dibawa terus ke saluran Astro First secara eksklusif tanpa ditayangan di pawagam bersempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilanjutkan, pihak penerbit menyokong pihak kerajaan untuk menyeru rakyat Malaysia untuk terus duduk di rumah sambil menonton filem yang berkualiti bersama keluarga.

Filem ini telah menjadi fenomena besar di Indonesia apabila berjaya meraih jumlah tontonansebanyak 2.2 juta penonton sekali gus menjadi filem genre drama keluarga nombor 1 terlaris di Indonesia. Ia jua telah banyak menerima pujian daripada pengkritik dan peminat filem di sana.

Menurut Ketua, Naib Presiden Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad, apabila rakyat Malaysia dinasihatkan untuk duduk di rumah bagi memutuskan rantaian Covid-19, Astro Shaw tidak teragak-agak untuk menyajikan penonton dengan mempersembahkan filem yang berkualiti.

“Jadi, kami bawakan secara eksklusif buat pertama kali filem yang masih belum ditayangkan di pawagam tempatan terus ke rumah anda. Filem NKCTHI pada awalnya dijadualkan untuk ditayangkan di pawagam Malaysia pada bulan April ini dan ia adalah sebuah filem yang sarat dengan mesej kekeluargaan dan sangat dekat dengan masyarakat di Malaysia.

“Dalam situasi PKP sekarang, filem ini dapat membawa kita kenal lebih dekat dengan ahli keluarga. Mungkin sebelum ini kita terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing sehingga nilai kasih sayang antara keluarga itu kurang. Semoga dengan kehadiran filem ini, ia dapat mencambah kembali nilai kasih sayang di dalam sebuah keluarga dan penonton dapat terus kekal di rumah,” jelasnya.

Perjalanan cerita NKCTHI berkisar tentang setiap ahli keluarga yang mempunyai karenah masing- masing. Karekter yang penuh warna, emosi yang pelbagai dan juga impian yang berbeza-beza. Ini dapat dilihat melalui filem yang melihat kehidupan keluarga Narendra bersama tiga orang anak Angkasa, Aurora dan Awan.

Lebih menarik lagi, filem ini diadaptasi dari buku penjualan terbaik tahun 2018 di Indonesia dengan judul yang sama, ‘Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini’.

Filem ini menyaksikan gabungan kerjasama Astro Shaw bersama penerbit yang sering memenangi anugerah utama di Indonesia, Visinema Pictures yang juga merupakan penerbit filem animasi terkenal Indonesia, NUSSA, bersama IDN Media, Blibli.com serta XRM Media.

Sementara itu, Penerbit Visinema Pictures, Anggia Kharisma berkata jalan ceritanya sangat dekat dengan kisah kehidupan sebagai seorang anak, sama ada menjadi kakak, anak tengah, atau anak bongsu.

“Filem ini juga mengungkapkan batasan sebagai ibu bapa untuk menyatakan kasih sayang kepada anak-anak dan keluarga. Semoga dapat menghangatkan hati keluarga anda dan menjadi pengalaman yang membuat kita mengasihi diri sendiri dan keluarga kita lebih baik di tengah-tengah wabak sekarang,” ujarnya.

Penonton bakal menyelami setiap karakter NKCTHI menerusi lakonan hebat oleh pelakon dari filem Dua Garis Biru, Rachel Amanda, Rio Dewanto (Gundala), Oka Antara (The Raid 2), Sheila Dara (Ratu Ilmu Hitam), Chicco Jerikho (Felosofi Kopi), Susan Bachtiar (Surat Kecil Untuk Tuhan), dan ramai lagi.

Istimewanya, naskhah ini adalah hasil garapan dari Jenny Jusuf, pemenang penulis skrip Piala Citra Felosofi Kopi, dan sutradara Angga Dwimas Sasongko pemenang pengarah terbaik di dua festival Indonesia, Piala Citra dan Piala Maya menerusi filem Cahaya Dari Timur: Beta Maluku.

“Dalam budaya cerita, Malaysia dan Indonesia mempunyai banyak kesamaan. Atas sebab ini, Visinema sangat bersemangat menayangkan NKCTHI di Malaysia melalui platform Astro First.

“Kisah hubungan ibu bapa dan anak yang tidak sempurna tetapi berusaha mencari ruang bahagia dengan apa yang ada, adalah kisah universal.
Mudah-mudahan dengan NKCTHI dinikmati di Malaysia, kita bukan sahaja mengukuhkan jambatan sekutu dengan berkongsi cerita, tetapi juga bertukar inspirasi dalam situasi krisis seperti hari ini,” ujar Angga Dwimas Sasongko.

Jangan lupa untuk sewa NKCTHI, buat pertama kalinya ditayangkan terus ke pawagam Astro First rumah anda di saluran 480 bermula 23 April 2020.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton NKCTHI selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem NKCTHI, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button