Cerita ArtisHiburan

Fitri Haris Tak Halang Anak Perempuannya Sertai Bidang Hiburan

Penyanyi Fitri Haris tidak menghalang anak perempuannya, Sofea Solehah, 15, untuk mengikut jejak langkahnya menceburi bidang seni.

Menurut Fitri atau nama lengkapnya, Mohamad Fitri Mohamad Haris, 35, anaknya sudah menunjukkkan kecenderungan ke arah bidang seni sejak beberapa tahun lalu, malah sudah mahir bermain gitar dengan belajar sendiri menerusi video yang ditonton di Youtube.

“Saya sudah nampak anak tunjuk minat ke arah bidang seni dan saya langsung tidak menghalang keinginannya sekiranya dia mahu betul-betul serius dalam bidang hiburan.

“Sekarang ini pun dia selalu menemani saya bekerja dan kadang-kala bertindak seperti pengurus saya. Anak saya ini tegas orangnya dan nampak dia serasi dengan kerja itu,” katanya kepada KopiPlanet.com

Fitri ditemui pada majlis pelancaran Karnival Jualan Bling Bling Tour 2019 yang diadakan di Embassy, The Starling Mall, Damansara baru-baru ini.

Sofea merupakan anak daripada hasil perkahwinan Fitri bersama bekas isterinya dan anaknya itu kini menetap di Singapura bersama ibunya.

Juara program Gema Gegar Vaganza (GGV) itu turut tidak kisah sekiranya anaknya tidak menceburi bidang nasyid seperti yang dibawakannya.

“Biasalah budak sekarang lebih suka dengan genre pop dan K-Pop. Dia pun memang peminat setia muzik K-Pop. Apa-apa pun saya tidak menghalang minatnya,” ujarnya lagi.

Sementara itu, menerusi Karnival Jualan Bling Bling Tour 2019, Fitri akan membuka gerai jualan tudung jenamanya, Niyat dan akan mengambil peluang untuk beramah mesra bersama pembeli dan para peminatnya.

Empat lokasi yang dipilih bagi memeriahkan karnival itu ialah di Bling Bling Melaka Fest yang diadakan pada 29 hingga 31 Mac di Melaka Mall, (Bling Bling Pantai Timur Fest, 26 & 27 April di Taman Tamadun Islam, Terangganu), (Bling-Bling Kita Raya KL, 17 hingga 19 Mei di Glo Damansara) dan (Bling Bling Kita Raya JB, 24 hingga 26 Mei). – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button