• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Fizz Fairuz, Almy Nadia Bakal Timang Cahaya Mata Keempat

Pelakon Datuk Fizz Fairuz berkongsi berita gembira dia dan isteri, Almy Nadia bakal menimang cahaya mata keeempat pada tahun hadapan.

Perasaan teruja itu dikongsikan menerusi laman Instagram miliknya beserta kapsyen, “Hadiah tahun baru. Penutup 2019. Amin, Rezeki Allah. Kasih sayang untuk anak-anak tetap sama. Tak ada setitik pun kurang. Amin #babynewyear2020.”

Fizz atau sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 40, turut memuat naik gambar ujian imbasan kandungan isterinya.

Pasangan pelakon itu mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga anak perempuan, Nur Afrina Arianna, 4, Nur Afrina Aurora, 3, dan Nur Afrina Ayra, 1.

Mereka turut mempunyai seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisya yang kini berusia 10 tahun. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend