• FOLLOW US
Drama, TV

Folklore Bakal Tayang Di Kanada, Sepanyol Dan Amerika Syarikat

Kesemua enam episod mini siri seram terbitan HBO Asia, Folklore bakal ditayangkan di tiga festival filem antarabangsa yang menajadi tumpuan penggemar filem dari seluruh dunia.

Folklore akan ditayangkan menerusi Festival Filem Antarabangsa Toronto, Kanada, Festival Filem Antarabangsa Catalonia, Barcelona dan Festival Filem Fantastik di Texas, Amerika Syarikat.

Folklore yang menghimpunkan enam mitos seram dari enam negara Asia ini akan ditayangkan di saluran HBO 411 dan 413 bermula 7 Oktober ini pada setiap Ahad, jam 9 malam.

Untuk siri Malaysia, ia diwakili karya arahan Ho Yuhang berjudul Toyol yang dilakonkan oleh pelakon berkaliber seperti Bront Palarae, Nabila Huda dan Redza Minhat.

Folklore merupakan Siri Asal HBO Asia yang diterbitkan oleh Zhao Wei Films dan dihasilkan oleh pengarah filem, Eric Khoo. Enam pengarah yang terlibat dalam siri ini ilah Ho Yuhang dari Malaysia, Joko Anwar ((Indonesia), Takumi Saitoh (Jepun), Lee Sang Woo (Korea Selatan), Eric Khoo (Singapura) dan Pen-Ek Ratanaruang (Thailand).

Tarikh Tayangan

Episod 1: A Mother’s Love (Indonesia) ditayangkan pada 7 Oktober, 10 malam.

Episod 2 : Tatami (Jepun) ditayangkan pada 14 Oktober, 10 malam.

Episod 3: Nobody (Singapura) ditayangkan pada 21 Oktober, 10 malam.

Episod 4: Pob (Thailand) ditayangkan pada 28 Oktober, 10 malam.

Episod 5: Toyol (Malaysia) ditayangkan pada 4 November, 10 malam.

Episod 6: Mongdal (Korea Selatan) ditayangkan pada 11 November, 10 malam. – KopiPlanet.com

Kredit foto: HBO Asia

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend