
Zac Efron KIni Dikaitkan Bercinta Dengan Selena Gomez?
Gara-gara mengikuti akaun Instagram Selena Gomez baru-baru ini, nama pelakon kacak Zac Efron terus dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan bekas kekasih Justin Bieber itu.
Gosip itu ditimbulkan netizen dan mereka mengharapkan agar kedua-dua selebriti sama cantik dan sama padan ini betul-betul bercinta.
“Selepas Justin Bieber, Selena Gomez berhak mendapatkan Zac Efron. Saya tahu Zac hanya mengikuti laman Instagramnya sahaja, tetapi kalau hubungan mereka menjadi, pastinya pasangan itu akan menghasilkan anak-anak yang comel,” tulis seorang peminat Selena.
Malah ada juga peminat yang sudah memberikan nama jolokan buat pasangan itu yang digelar Zaclena. Kedua-dua wakil pengurusan artis ini masih lagi belum membuat kenyataan berhubung perkara tersebut.
Zac dan Selena sebelum ini pernah bekerjasama menerusi filem komedi Neighbors 2: Sorority Rising. – KopiPlanet.com