• FOLLOW US
Antarabangsa, Kpop

Gambar Pasport Lee Joo Bin Disalah Guna Laman Perjudian

Agensi pengurusan aktres Lee Joo Bin iaitu SWMP menerusi kenyataan media yang dikeluarkan, pihak mereka akan mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah laman web syarikat perjudian yang telah menyalahgunakan gambar pasport pelakon itu.

Joo Bin terlebih dahulu berkongsikan gambar itu di laman Instagramnya lantas menjadikan foto itu viral di kalangan peminat pelakon itu yang cukup terkenal dengan kecantikan semula jadinya.

“Pada 29 Mac lalu, kami menerima panggilan daripada mahkamah yang mendakwa ada orang telah menyalahguna gambar pasport Joo Bin. Kami dimaklumkan ada laman perjudian dalam talian dan syarikat jualan barang terpakai telah memakai gambar Joo Bin tanpa meminta izin terlebih dahulu.

“Kami telah memberikan amaran kepada mereka untuk menurunkan gambar tersebut namun tidak diendahkan. Susulan itu, kami akan mengambil tindakan undang-undang kerana mereka telah mencabuli hak Joo Bin dengan sewenang-wenangnya menggunakan gambarnya tanpa keizinan,” tulis wakil tersebut.

Joo Bin merupakan antara pelakon wanita yang semakin meningkat naik nama di Korea Selatan dan drama lakonannya turut menjadi hits seperti Whisper, Mister Sunshine, Trap dan My Only One. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend