
Gara-Gara Kuku Pendek, Sunmi Dituduh Lesbian
Kini hangat bertebaran gosip mendakwa penyanyi Sunmi merupakan seorang pengamal hubungan sejenis.
Ini semua gara-gara kerana dia memiliki kuku pendek, tidak seperti mana kebanyakan selebriti wanita di Korea yang gemar menyimpan dan merias kuku panjang mereka.
Peminat membuat andaian itu selepas Sunmi memuat naik satu foto di laman Instagramnya yang mana menunjukkan keadaan kukunya yang pendek.
Seorang netizen di Twitter menulis, “Kuku pendek adalah sinonim dengan lesbian.”
Peminat juga mendakwa menerusi perkongsian gambar itu, Sunmi secara halus ingin memberitahu kepada mereka bahawa dia merupakan seorang lesbian.
Namun tak semua peminatnya berfikiran sempit, sebaliknya ada yang tampil mempertahankan penyanyi itu dengan menyifatkan foto tersebut tidak membawa apa-apa maksud.
Antara komen-komen netizen yang dilihat mempertahankan Sunmi seperti, “Adalah tidak sopan mempersoalkan orientasi seksual seseorang” dan “Kuku pendek adalah kuku pendek semata-mata, tak membawa maksud lain pun.” – KopiPlanet.com