• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Gara-Gara Pakai Kebaya, Bunga Citra Lestari ‘Dikutuk’ Peminat

Masih lagi berkisarkan tentang baju raya. Terbaharu, selebriti dari Indonesia, Bunga Citra Lestari pula menerima kutukan daripada peminat di tanah kelahirannya apabila dia menggayakan baju kebaya tradisional yang sering digayakan wanita di Malaysia.

Bunga yang juga merupakan isteri kepada pelakon asal Malaysia, Ashraf Sinclair memakai baju kebaya berona hijau lumut ketika sambutan lebaran baru-baru ini.

Dalam pada komen memuji, terselit satu dua komen yang mencemuhnya kerana menggayakan busana yang sinonim dengan orang Malaysia.

Menurut mereka, masih banyak lagi baju tradisional dari Indonesia yang boleh dipakai oleh pelakon filem My Stupid Boss itu.

Namun tidak semua pengikut Bunga suka mencaci membuta tuli, sebaliknya ada juga yang boleh berfikiran panjang dengan mengatakan isu yang diperkatakan itu adalah sesuatu yang remeh untuk dibahaskan.

Seharusnya kita saling meraikan kepelbagaian dan tidak ada salahnya jika sesekali Bunga mahu menukar citarasanya dengan berpakaian tradisional dari negara mana pun. Bukankah fesyen itu tiada batasnya? – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend