AntarabangsaKpop

Gaun Seksi Seo Shin-ae Cetus Kontroversi

Gaun putih seksi yang digayakan pelakon remaja Korea Selatan, Seo Shin-ae ketika menghadiri Festival Filem Antarabangsa Busan baru-baru ini menjadi bualan hangat netizen di sana.

Ia mendapat perhatian peminat kerana Shin-ae sebelum ini lebih dikenali dengan gaya sopan dan tertutup sesuai dengan imejnya sebagai pelakon kanak-kanak.

Namun kemunculannya dalam majlis itu mengejutkan ramai peminatnya dengan fesyen gaun terdedah di bahagian dada.

Menjawab persoalan netizen, jurucakap pelakon berusia 18 tahun itu berkata mereka sama sekali tidak menyangka busana tersebut bakal menjadi kontroversi.

Menurut mereka, gaun putih itu dipilih sendiri aktres tersebut kerana dia ingin kelihatan lebih dewasa, sekali gus mengikis imej pelakon kanak-kanak yang sinonim dengan dirinya.

Shin-ae mula berlakon ketika berusia lima tahun dan antara portfolio lakonannya adalah dalam filem Meet Mr Daddy (2007) dan drama seperti Grudge: The Revolt of Gumiho (2010) serta The Queen’s Classroom (2013). – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button