AntarabangsaHollywood

Gaya Beyonce Bersut Di Tengah Panas Tarik Perhatian Netizen

Apa sahaja yang dilakukan Beyonce pastinya mendapat perhatian ramai peminatnya dari serata dunia.

Terbaharu peminat setia penyanyi itu cukup teruja dengan fesyen luar biasa Beyonce yang sanggup berpakaian sut di tengah-tengah kepanasan cuaca di pantai di Jamaica ketika menghabiskan percutian di sana, baru-baru ini.

Menerusi gambar yang diambil paparazzi itu, Beyonce dilihat duduk di ribaan suaminya, Jay-Z yang juga menggayakan sut berwarna merah hati.

Fesyen mereka yang pelik itu bagaimanapun dilihat sebagai trend setter di kalangan peminat mereka.

Lepas ini mungkin orang ramai dah tak pakai bikini dan short pants kalau pergi bercanda di pantai, mungkin fesyen sut lengkap akan menjadi pilihan mereka pula selepas ini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button