AntarabangsaHollywood

George Clooney & Isteri Sumbang RM420,000 Untuk Tabung Kemanusiaan Beirut

Terkesan dengan insiden letupan besar di Beirut, Lebanon, pelakon George Clooney dan isteri, Amal Clooney menyerahkan sumbangan wang tunai berjumlah AS$100,000 (RM420,000) kepada pertubuhan kebajikan negara tersebut.

Seperti yang diketahui oleh umum, isteri kepada pelakon popular Hollywood itu dilahirkan di Beirut, namun membesar di United Kingdom.

“Kami berdua cukup bersimpati dengan penduduk di Beirut dan sangat terkesan dengan insiden menimpa mereka dua hari lalu.┬áJadi, kami memilih tiga badan kebajikan yang memberikan bantuan keperluan asas iaitu Lebanese Red Cross, Impact Lebanon dan Baytna Baytak.

Kami berharap orang ramai di luar sana dapat juga menyumbang semampu yang mungkin kepada mereka yang memerlukan,” kata George menerusi kenyataan medianya.

Letupan besar itu telah mengorbankan lebih 135 orang, 5,000 cedera parah dan sebahagian lagi yang masih hilang di bawah runtuhan bangunan.

Insiden itu dipercayai berlaku apabila 2,750 tan baja ammonium nitrate meletup di sebuah pelabuhan yang menyimpan bahan tersebut sejak enam tahun lalu tanpa diselenggara oleh pihak berkaitan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button