
Giliran G-Dragon, Taeyang Masuk Khidmat Tentera
Kumpulan K-Pop popular Big Bang nampaknya terpaksa ‘melepaskan’ dua ahlinya, G-Dragon dan Taeyang buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada mereka melunaskan tanggungjawab menyertai latihan ketenteraan wajib selama dua tahun di Korea Selatan bermula tahun hadapan.
Perkara itu diumumkan kumpulan itu baru-baru ini yang menyebut G-Dragon dan Taeyang sudah tidak boleh menangguhkan lagi perkara wajib itu.
Sementara itu, Daesung dan Seungri juga dikatakan bakal mengikut jejak langkah dua rakan mereka itu pada tahun hadapan tapi tak dapat dipastikan kesahihannya lagi.
Taeyang dijadualkan berkahwin dengan aktres Min Hyo-rin pada Februari ini berkata dia ingin menguruskan persiapan perkahwinannya sebelum menyertai latihan tersebut.
Jadi besar kemungkinan Taeyang dan G-Dragon akan memulakan latihan ketenteraan mereka pada Mac ini.
Seorang lagi ahli mereka iaitu Top menyertai latihan pada Mei lalu namun terpaksa dibuang gara-gara dia terlibat dengan skandal pengambilan dadah ketika berada dalam kem tentera. – KopiPlanet.com




