
Girls’ Generation Hilang 3 Ahli Kumpulan
Kumpulan wanita paling popular Korea Selatan, Girls’ Generation bakal kehilangan tiga anggota mereka iaitu Tiffany, Sooyoung dan Seohyun.
Ketiga-tiganya bakal meninggalkan kumpulan itu selepas tidak mengambil keputusan enggan menyambung kontrak dengan agensi SM Entertainment yang selama ini menguruskan karier seni mereka.
Dengan pengunduran mereka, kumpulan itu kini akan diteruskan dengan lima anggota yang lain.

Tiffany dikhabarkan bakal menyambung pengajian di Amerika Syarikat sementara Sooyoung dan Seohyun dilaporkan mahu mengembangkan kerjaya lakonan mereka selepas ini.
Girls’ Generation pada asalnya mempunyai sembilan ahli namun Jessica Jung telah menarik diri pada 2014 bagi memberi laluan kepada kerjaya nyanyian solo serta memberi fokus terhadap jenama fesyen yang diusahakannya. – KopiPlanet.com



