• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Gisele Bundchen & Tom Brady Jual Rumah Agam RM166 Juta

Model Victoria’s Secret, Gisele Bundchen dan suami, Tom Brady mengambil keputusan untuk menjual rumah agam lima bilik tidur dan tujuh bilik air milik mereka yang terletak di Brookline, Massachusetts, Amerika Syarikat.

Kediaman mewah itu dijual pada harga RM166 juta (AS$39,500,00). Menurut sumber Homes.com, rumah pasangan itu yang mula dibina pada 2015 turut mempunyai bilik rekreasi, bilik wain, gimnasium, spa dan taman sayuran organik. Mereka turut mempunyai garaj yang mampu memuatkan 20 buah kereta pada satu-satu masa.

Pasangan itu walau bagaimanapun tidak mendedahkan tujuan sebenar mereka menjual kediaman itu namun ia dipercayai kerana mereka ingin membeli kediaman yang lebih selesa untuk keluarga kecil mereka.

Brady, 42, yang merupakan bintang sukan NFL berkahwin dengan Gisele pada Februari 2009 selepas dua tahun bercinta. Mereka mempunyai sepasang cahaya mata, Benjamin, 9, dan Vivian, 6. Brady turut mempunyai seorang anak lelaki, John, 11, hasil hubungan dengan bekas teman wanitanya, Bridget Moynahan. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend