• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Habib Jewels Mohon Maaf Tersilap Siar Gambar Kahwin Elfira Loy

Syarikat barangan kemas, Habib Jewels menerusi laman sosialnya memohon maaf susulan kesilapan meletakkan gambar perkahwinan pelakon Elfira Loy, baru-baru ini.

Habib Jewels sebelum ini memuat naik gambar pertunangan Elfira dengan bekas tunangnya, penyanyi Sufian Suhaimi yang berlangsung pada 6 Oktober 2017 berserta ucapan tahniah di atas pernikahan pelakon wanita itu pada 1 Januari lalu.

Untuk makluman, Elfira dan Sufian telah memutuskan pertunangan pada Februari 2018.

“Susulan kesilapan pihak kami meletakkan gambar perkahwinan Elfira baru-baru ini, kami dengan penuh ikhlas memohon maaf di atas kesilapan bagi pihak pasukan media sosial kami.

“Kami mohon maaf pada Elfira dan peminatnya di atas kesilapan tersebut. Kami mendoakan agar rumah tangga yang dibina Elfira dan suami kekal bahagia hingga ke jannah,” tulis Habib Jewels.

Elfira bernikah dengan pengurus besar syarikat telekomunikasi, Faris Khairol Anuar pada 1 Januari lalu menerusi sebuah majlis tertutup yang diadakan di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend