• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Khai Bahar Rancang Nak Keluarkan Tudung Jenama Sendiri

Penyanyi Khai Bahar mendedahkan hasratnya ingin berkecimpung dalam bidang perniagaan tudung jenamanya sendiri dalam jangka masa lima tahun akan datang.

Menurut Khai, dia berhasrat untuk menubuhkan perniagaan sendiri sebagai pendapatan sampingan selain daripada fokus kepada kerjaya nyanyian.

“Kita tidak tahu sampai bila bidang nyanyian ini akan bertahan. Jadi saya terdetik untuk mengeluarkan tudung jenama sendiri dalam jangka masa lima tahun akan datang,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Khai ditemui pada majlis ramah mesra bersama kelab peminatnya, Khai Bahar Empire, Greatest Love Of Khai Bahar 2.0 yang berlangsung di Dewan Besar Tun Rahah, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur hari ini.

Dalam perkembangan lain, Khai bakal tampil dengan single terbaharu berduet dengan Siti Nordiana yang akan dilancarkan pada bulan April nanti.

“InsyaAllah, Khai akan keluarkan single terbaharu berduet dengan Siti Nordiana. Setakat ini lagu itu masih belum ada tajuknya lagi,” ujarnya.

Menjengah ke tahun 2019, Khai berkata dia ingin memberikan yang terbaik dari segi mutu vokal dan persembahannya.

“Sempena kedatangan tahun baharu yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, saya berazam ingin memperbaiki diri ke arah lebih baik.

“Antaranya saya nak perbaiki lagi mutu nyanyian demi kebaikan karier saya, ” katanya. – KopiPlanet.com

Artikel: Syafiqah Othman
Pelajar Praktikal UiTM Puncak Perdana

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend