
Cerita ArtisHiburan
Hairul Azreen, Hanis Zalikha Dapat Cahaya Mata Perempuan
Pelakon Hanis Zalikha telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan kira-kira pukul 5.59 petang tadi.
Perkara tersebut diumumkan oleh suami pelakon berkenaan di laman Instagram suaminya iaitu Hairul Azreen.
“Assalamualaikum saya dengan rasa penuh rasa kesyukuran ingin berkongsi berita gembira.
“Isteri saya Hanis selamat melahirkan cahaya mata perempuan kami, Alisa Aisyah Binti Hairul Azreen petang tadi 5.59 pm,” ujarnya.
Pasangan pelakon berkenaan sebelum ini sudah dikurniakan cahaya mata lelaki, Yusof Iskandar yang lahir pada 3 Jun 2016.
Apakah reaksi anda?
+1
+1
+1
+1
+1
+1
+1



