• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Neelofa Tidak Ambil Hati Dengan Teguran Dilemparkan Zahnita Wilson

Selebriti dan usahawan popular Noor Neelofa Mohd Noor, 30, atau Neelofa menjelaskan dia tidak ambil hati dengan ‘posting’ yang dibuat model Zahnita Wilson seperti yang dihebohkan baru-baru ini.

Zahnita sebelum ini menulis di laman Instagramnya seolah-olah mendakwa Neelofa tidak mempergunakan populariti yang dikecapinya bagi membantu golongan yang memerlukan.

“Sejujurnya saya ketinggalan sedikit mengenai hal ini sehinggalah ada kawan saya ‘forward’ benda ini. Bila saya tengok (komen Zahnita) saya tak marah. Sebaliknya, berasa pelik dan saya faham mesej yang dia cuba nak sampaikan. Namun bagi saya adalah lebih manis sekiranya dia menegur saya secara berdepan ataupun menerusi DM di Instagram.

“Walaupun terkait dengan isu begini, tetapi saya tidak ambil hati kerana saya lihat perkara ini daripada sudut positif. Saya suka bila ada rakan artis yang sama-sama sering mengingatkan saya akan apa-apa isu yang melanda satu dunia agar saya jadi lebih peka dengan sesuatu perkara itu,” kata Neelofa.

Dia berkata kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis pengumuman kerjasama di antara Neelofa dan Chatime Signature yang diadakan di Hotel Royale Chulan, Damansara semalam.

Neelofa menjelaskan dia tidak mempunyai masalah dengan Zahnita dan berlapang dada sekiranya mereka terserempak dalam mana-mana acara hiburan pada masa akan datang.

“Benda ini isu kecil sahaja sebenarnya, cuma ia jadi besar sebab dia selebriti, itu yang sampai jadi kecoh. Kalau diperhatikan ada mesej-mesej yang dia cuba sampaikan itu memang ada kebenarannya. Cumanya mungkin aktiviti yang dilakukan saya tidak sama dengan aktiviti yang diperjuangkan olehnya.

“Katakanlah kalau saya terjumpa dia di mana-mana majlis, saya tiada masalah bersemuka dengan dia dan menjernihkan keadaan. Biasalah kita hidup dalam zaman sosial media, sekarang macam-macam orang boleh kata apa sahaja. Mungkin dengan cara itu dia (rasa) boleh tarik perhatian,” jelasnya.

Zahnita yang juga merupakan pelakon filem Gila-Gila Pengantin Remaja memuat naik gambar ‘photoshoot’ Neelofa bersama kempen Swarovski dengan menulis ayat berbunyi, “Berhenti berangan Neelofa! Bangun dari lena dan tengok sekeliling. Ada lagi orang di sempadan yang masih menderita.”

Teguran itu dibuat selepas Neelofa berkongsikan gambar-gambar kempen barangan hiasan wanita itu yang dijalankan di padang pasir, baru-baru ini. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend