
Hans Isaac Tak Jadi Kahwin Dengan Gabby
Pelakon dan penerbit, Datuk Hans Isaac hari ini menerusi laman Instagramnya mengumumkan pembatalan majlis perkahwinannya dengan bekas Ratu Cantik Pelancongan, Gabrielle Robinson.
Hans sepatutnya bernikah dengan Gabrielle atau Gabby pada 29 Julai lalu namun ia telah ditangguhkan pada 29 Februari tahun hadapan.
Dalam kenyataannya itu, Hans berkata, “Salam sejahtera diucapkan kepada semua teman-teman seperjuangan dan rakan-rakan media.”
“Dengan berat hati saya umumkan bahawa rancangan saya untuk berkahwin, setelah bertunang pada 29 Februari awal tahun ini, terpaksa dibatalkan.
“Keputusan untuk membatalkan rancangan perkahwinan ini tidak mudah dan dibuat setelah berfikir panjang susulan daripada pertunangan tersebut.
“Saya ingin memohon maaf kepada semua rakan dan keluarga yang telah memberikan sokongan yang tak terhingga dan hanya mendoakan yang terbaik untuk saya.
“Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kerana sudi memahami dan menyokong saya selama ini,” katanya.
Hans pada 28 Februari lepas mengadakan majlis sidang media mengumumkan tarikh pernikahannya yang sepatutnya berlangsung Julai lalu.
Kedua-duanya dipercayai telah pun ‘unfollow’ sesama sendiri di akuan Instagram masing-masing.
Hans sebelum ini pernah dikaitkan bercinta dengan Erra Fazira dan Neelofa. – KopiPlanet.com
Kredit foto: Malay Mail Online