Cerita ArtisHiburan

Hefny Dah Lama ‘Move On’, Profesional Jika Digandingkan Dengan Uqasha

Pelakon dan pengacara Hefny Sahad menyatakan dia bersedia bekerjasama dengan bekas teman wanitanya, Uqasha Senrose sekiranya mereka digandingkan dalam mana-mana drama.

Menurut jejaka berusia 31 tahun itu, dia tidak mempunyai masalah dengan Uqasha biarpun hubungan mereka putus di tengah jalan sejak awal tahun ini.

“Kalau nak tahu sehingga hari ini saya masih lagi baik dengan ibu bapa dia dan semua adik beradiknya termasuk Nelydia dan Raysha.

“Saya dah lama ‘move on’ dan saya pun tidak pernah menghubungi Uqasha sejak putus. Saya rasa tiada keperluan untuk berbuat demikian dan itu yang terbaik kerana saya pun tidak mahu mengganggu hubungan baharu dia,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Hefny ditemui pada majlis pelancaran drama Cintaku Di Bumi Izmir yang diadakan di Shah Alam, semalam.

Drama yang disiarkan di saluran Unifi Tv itu turut dibintangi Raysha Rizrose, Nabila Razali, Syafie Naswip, Wanna Ali dan Noniswara. Drama bersiri 30 episod itu disiarkan pada setiap Isnin dan Selasa, jam 9 malam.

Mengulas mengenai gandingannya dengan Raysha, Hefny berkata dia langsung tidak mempunyai masalah berlakon bersama dengan adik kepada bekas kekasihnya.

“Saya tiada masalah berlakon dengan Raysha. Masing-masing profesional dan jika digandingkan dengan Uqasha pun saya okay sahaja sebab memang tak pernah lagi bekerja dengan dia sebelum ini,” katanya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button