Cerita ArtisHiburan

Hidup Lebih Tenang Lepas Tutup Komen IG – Izara

Pelakon Izara Aishah mengakui kehidupannya menjadi lebih tenang dan bahagia selepas mengambil pendekatan menutup ruangan komen di laman Instagram miliknya @izaraaishahofficial.

Keputusan itu dibuat olehnya bagi mengelakkan netizen daripada terus membuat ‘dosa’ di Internet.

“Sebelum kahwin lagi saya dah tutup ruangan komen di Instagram. Tujuan saya berbuat demikian kerana tidak mahu tengok orang daripada membuat dosa.

“Kadang-kadang benda-benda yang mereka cakap itu tak betul, ia boleh jadi fitnah dan sebab itu saya ‘selamatkan’ mereka daripada meninggalkan komen-komen tidak sepatutnya.

“Kehidupan saya jadi lebih tenang dan bahagia lepas tutup komen dan kalau boleh saya tidak merancang untuk membukanya kecuali yang melibatkan kerja-kerja saya sahaja,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media rancangan travelogue CTDK-acation di ibu kota, hari ini.

Sementara itu ketika ditanya tentang fasa baharu dalam kehidupannya bergelar isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif Tune Studios, Adib Datuk Seri Khalid sejak sebulan lalu, Izara berkata, “Kehidupan sedikit berubah bila saya kini tinggal berasingan dengan keluarga. Suasana sedikit berbeza dan selalu juga teringatkan keluarga”.

“Tapi kami memang rajin menziarah kedua-dua belah keluarga. Tiada apa-apa perubahan drastik bagi saya sejak berkahwin.

“Cuma sekarang saya ingin mencari peluang untuk belajar masak lauk kegemaran Adib daripada mak mertua,” katanya yang mengakui Adib bukan seorang yang cerewet tentang makanan.

Sejak diijabkabulkan sebulan lalu, Izara turut mendedahkan dirinya masih lagi perlahan-perlahan menyesuaikan diri dengan melakukan rutin harian sebagai isteri seperti membasuh baju dan menyediakan sarapan untuk suami.

Walaupun ingin menghabiskan masa berdua terlebih dahulu namun pasangan ini tidak menolak rezeki sekiranya dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat.

Izara dan Adib disatukan pada tanggal 17 November lalu di Damansara Perdana selepas tiga tahun berkenalan rapat. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button