• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

“Hubungan Kami Sangat Matang Dan Saling Menghargai” – Diana Danielle

Pelakon Datin Diana Danielle menyifatkan apa yang berlaku terhadap suaminya, Datuk Farid Kamil sebelum ini telah mematangkan mereka serta membuatkan kedua-duanya lebih saling menghargai satu sama lain.

Ujarnya, sebagai seorang isteri dia cukup mengenali suaminya dan menyatakan Farid adalah suami dan ayah yang terbaik buat dia dan anak-anak.

“Perhubungan kami semakin matang, kami lebih menghargai satu sama lain dan saya tahu betapa pentingnya Farid dalam hidup saya. Sebagai seorang isteri saya kenal suami saya. Dia suami dan ayah yang terbaik untuk kami dan saya gembira kami masih dapat menikmati saat-saat gembira bersama.

“Dalam menghadapi sebarang masalah dalam kehidupan, saya sering ingat pesanan rakan saya, Hanis Zalikha yang berkata apabila kita menghadapi sesuatu yang sukar dan bila kita dapat mengharunginya, Allah akan bagi kita benda yang lebih baik. Kalau kita tenang dan tidak buruk sangka dengan perancangan Allah, InsyaAllah,” katanya.

Diana berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran ASL Cosmetics by Aliff Syukri yang berlangsung di Glam Hall, Damansara Perdana, semalam.

Sementara itu, Diana turut mengucapkan terima kasih kepada peminatnya dan Farid yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan kepada mereka di saat menghadapi masa sukar.

“Sejak dahulu saya sangat bersyukur dikurniakan peminat-peminat yang sentiasa memahami dan mendoakan saya dan Farid. Mereka pun tahu Farid macam mana orangnya. Saya turut berdoa agar doa baik-baik dikembalikan kepada semua peminat yang sentiasa mendoakan kami.

“Ada juga hari-hari yang mana saya terkesan (dengan komen-komen negatif), tetapi saya ada sistem sokongan yang kuat iaitu ibu dan saya bersyukur masih ada ibu yang boleh berkongsi suka dan duka dengan saya,” ujar ibu kepada dua cahaya mata ini.

Diana berkahwin dengan Farid pada 3 November 2012 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Mohammad, 6, dan Aurora, 4. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Diana Danielle

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend