
AntarabangsaKpop
Hyori, YoonA Mohon Maaf Gara-Gara Tak Pakai Topeng Muka
Penyanyi Lee Hyori dan YoonA berdepan kecaman netizen gara-gara tidak memakai topeng muka sewaktu membuat Instagram Live kepada peminat mereka baru-baru ini.
Kedua bintang K-pop terkenal itu membuat video tersebut di sebuah pusat karaoke di kala Korea Selatan kini masih lagi berdepan gelombang kedua wabak Covid-19.
Menyedari kesilapan mereka, Hyori dan YoonA kemudian tampil membuat permohonan maaf di laman Instagram masing-masing.
“Saya mohon maaf di atas perlakuan tidak bertanggungjawab (tidak memakai pelitup muka di tempat umum). Selepas ini saya akan lebih berhati-hati dengan tindakan saya,” tulis YoonA.
Dalam permohonan maafnya, Hyori turut memohon maaf kerana tidak peka dan tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi. – KopiPlanet.com
Apakah reaksi anda?
+1
+1
+1
+1
+1
+1
+1