Cerita ArtisHiburan

Ifa Raziah Bengang Dituduh Skandal Dengan Bekas Kekasih Zarina Anjoulie

Penyanyi dangdut Ifa Raziah meluahkan rasa kesalnya apabila pelakon sensasi, Zarina Anjoulie menuduh dia mempunyai skandal dengan bekas kekasih pelakon itu.

Ifa menerusi Instagramnya menegaskan dia sendiri langsung tidak mengenali bekas kekasih pelakon berkenaan yang dikenali sebagai Hakim.

“Baru jer masuk tahun baru 2019 Ifa dah kena fitnah dengan Zarina Anjoulie!!! Kata Ifa ada skandal dengan boyfriend dia… nak ajak masuk hotel la bagai.

“Ifa bersumpah dengan nama Allah tak pernah kenal dengan ex boyfriend Zarina ni. Dan Ifa tak pernah kenal pun dengan si Zarina ni, tau la dia siapa, tapi tak kenal,” luahnya yang ketika ini sedang bercuti di luar negara.

View this post on Instagram

Baru jer masuk tahun baru 2019 Ifa dah kena FITNAH dgn Zarina Anjoulie!!! Kata Ifa scandal dgn boyfriend dia…nak ajak MASUK HOTEL la bagai!!! Ya ALLAH…Apa ni??? Ujian apa pulak yg datang pada Ifa ni??? Ifa BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH tak pernah kenal dgn exboyfriend Zarina ni. Dan Ifa tak pernah kenal pun dgn si Zarina ni, tau la dia siapa, tapi tak kenal. Dia ada sebut nama ex boyfriend dia Hakim…mcm mana muka si Hakim ni pun Ifa tak tahu! Siapa2 yg kenal Hakim ni tolong sampaikan pada dia & Zarina…Sila kemukakan bukti…apa buktinya yang Ifa kenal si Hakim ni sampai ajak masuk bilik hotel. Ifa ada keluarga, ada Suami, ada anak2…apa perasaan dia org bila tgk video ni? Ifa tak pernah kacau siapa2 pun, kenapa orang buat mcm ni kat Ifa? Ifa tak ada scandal dgn siapa2 baik bujang atau suami org!!! Ifa kat London ni pun dgn suami & anak2. Ifa mmg sedih dgn apa yang berlaku skrg…kenapa Ifa selalu di fitnah, kenapa org selalu tuduh Ifa yg bukan2??? Ya Allah…Kau berilah kekuatan kepada aku dan keluarga ku utk menghadapi dugaan kali ini…Amin.

A post shared by MISS DIVA IFA RAZIAH (@ifa_raziah) on

Pada malam semalam, Zarina menerusi Live Insta bersama beberapa orang rakannya ada menyebut bahawa bekas kekasihnya itu mempunyai skandal dengan penyanyi dangdut berkenaan.

Tegas Ifa, dia langsung tidak mempunyai sebarang hubungan terlarang sama ada dengan lelaki bujang atau suami orang dan turut menyatakan kekesalnnya apabila difitnah sedemikian rupa.

“Ifa ada keluarga, ada suami, ada anak-anak… apa perasaan dorang bila tengok video ni. Ifa tak pernah kacau siapa pun, kenapa orang buat macam ni kat Ifa,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button