Cerita ArtisHiburan

Impian Bergelar Penyanyi Tercapai, Aidil Maula Pertaruh Pedih

Penyanyi baharu, Aidil Maula, 26, akhirnya berjaya mencapai cita-citanya untuk bergelar singer-songwriter yang mana diidamkannya sejak enam tahun lalu.

Mempertaruhkan single pengenalan, Pedih, Aidil berkata lagu bergenre balada itu diilhamkan daripada pengalaman sebenar yang dilaluinya. Pedih merupakan hasil ciptaan Aidil bersama Tengku Adry Putra.

“Saya pernah kecewa dalam percinta yang diibaratkan seperti sebuah kisah percintaan yang tulus dan suci, akhirnya kecundang tanpa alasan yang kukuh dan juga ego.

“Namun kekecewaan tersebut ditukar menjadi sebuah kisah yang menarik apabila daripada sekadar sesi luahan perasaan akhirnya berakhir ke sesi ‘jamming’ secara suka-suka.

“Adry yang juga merupakan rakan komposer muda, mula memainkan piano selepas saya menceritakan kisah sedih saya dan kemudian lirik masuk secara spontan. Kejadian lebih 3 tahun lepas itu takkan saya lupakan. Siapa sangka, dari ‘jamming’ macam biasa sahaja, lepas simpan 3 tahun dan berjumpa dengan komposer yang berbakat besar, akhirnya lagu ini keluar juga,” katanya.

Single Pedih yang diedarkan oleh Believe Digital Distribution telah dilancarkan pada 21 Ogos lalu dan boleh didapati menerusi semua platform muzik digital seperti iTunes, Spotify, Joox dan Kkbox. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button