Cerita ArtisHiburan

Isteri Buat Kejutan, Shukri Yahya Bakal Timang Anak Kedua

Pelakon Shukri Yahya mendapat hadiah ulang tahun perkahwinan keempat yang paling bermakna apabila isterinya, Tya Adnan disahkan hamil cahaya mata kedua mereka.

Perkongsian khabar gembira itu dirakam Tya semasa memberikan ‘hadiah’ ulang tahun perkahwinan kepada suaminya yang diletakkan dalam kotak telefon pintar.

Teruja dan menganggap isterinya memberikan hadiah berupa permainan video kegilaannya, Shukri terus menjerit girang sebaik melihat alat penguji kehamilan yang dilampirkan dalam kotak tersebut.

Sebelum ini, Shukri menerusi entri penghargaan ulang tahun perkahwinannya, aktor itu ada memberikan bayangan ingin menimang cahaya mata baharu.

Shukri dan Tya berkahwin pada 20 November 2015 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan, Aaira Ameena yang kini berusia tiga tahun. – KopiPlanet.com

 

View this post on Instagram

 

MashaAllah Tabarakallah.. 🤲🏻

A post shared by Tya Adnan (@tyaadnan) on

 

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button