Cerita ArtisHiburan

Izzue Islam Sedia Jalani Rawatan Susulan Jika Ada Masalah Kesuburan

Setiap pasangan suami isteri pastinya mahukan kehadiran cahaya mata bagi menyerikan kehidupan mereka, begitu juga hasrat pelakon dan penyanyi Izzue Islam dan isterinya, Awin Nurin yang telah mendirikan rumah tangga sejak enam tahun lalu.

Tidak berputus asa, Izzue berkata dia kini dalam perancangan untuk mengadakan pemeriksaan kesuburun bersama isterinya dalam masa terdekat.

“Memang saya dan isteri dah buat perancangan untuk menjalani rawatan kesuburan pada tahun ini, cuma disebabkan kesibukan kerja kami masih belum sempat melakukannya sehingga sekarang.

“Saya risau umur makin lama makin meningkat tapi kami percaya pada rezeki Allah SWT, insyaAllah. Sekiranya selepas buat pemeriksaan dan ada di antara kami yang mempunyai masalah (kesuburan), kami dah bersedia untuk buat rawatan susulan selepas itu,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Izzue ditemui pada majlis sidang media Konsert Hora Horey Live! Didi & Friends yang berlangsung di Hotel Istana, Kuala Lumpur semalam.

Izzue dan Awin yang juga merupakan pengurusnya berkahwin pada 2 Jun 2013 selepas beberapa tahun berkawan rapat.

Ketika ditanya, adakah kemungkinan untuk mengambil anak angkat, Izzue menerangkan, “Ramai orang juga cadangkan kepada kami untuk ambil anak angkat tapi disebabkan jadual kerja yang sibuk (perkara itu menghalang). Buat masa ini, kami masih sedang usahakan untuk cuba mendapatkan zuriat sendiri.”

Izzue juga menjelaskan dia tidak menolak untuk melakukan rawatan pensenyawaan in-vitro (IVF) sekiranya doktor mencadangkan mereka membuat rawatan itu di kemudian hari.

“Apa yang nak dimalukan, semuanya Allah yang tentukan dan kita jangan pernah berhenti berusaha. InsyaAllah selagi ia tidak menyalahi dari segi agama, kami juga mahu menggunakan kemudahan teknologi canggih sedia ada untuk dapatkan zuriat,” ujar Izzue lagi.

Sementara itu dalam perkembangan seni, Izzue bakal mengadakan Konsert Hora Horey Live! Didi & Friends yang akan berlangsung dari 15 Ogos hingga 18 Ogos ini di Quill Convention Center, Kuala Lumpur.

Tiket konsert berharga RM35, RM55 dan RM85 boleh didapati dengan menghubungi talian 017-2078911. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button