Cerita ArtisHiburan

Janna Nick Buat Laporan Polis Terhadap Mereka Yang Cetuskan Fitnah Dan Provokasi Terhadap Dirinya

Pelakon popular Janna Nick telah membuat satu laporan polis berhubung tindakan mereka yang mencetuskan provokasi dan fitnah terhadap dirinya di media sosial.

Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh pelakon berkenaan menerusi Twitter miliknya.

“Semoga dipermudahkan urusan bagi mengenal pasti semua account yang mencetuskan provokes & membuat fitnah terhadap saya.

“Segala screenshoot telah diamail oleh pihak berkuasa & tindakan undang-undang atas jenayah siber akan dilakukan terhadap yang terlibat,” tulisnya.

Sebelum ini, pelakon berkenaan dikatakan telah mencetuskan kemarahan peminat Kpop apabila dia dan Sharifah Sakinah dikatakan telah mempersenda kematian artis K-Pop, Jonghyun dari kumpulan SHINee menerusi satu video.

Bagaimanapun, ia adalah video yang dimuat naik pada tahun 2018 dan ia kemudian menjadi tular semula sejak beberapa hari lalu.

Kemudian, ia menjadi semakin kontroversi apabila terdapat beberapa screen shoot mengenai promosi filem ‘Delen’ arahannya yang seperti menghina Lisa BLACKPINK dengan nama ganti yang digunakan ialah ‘Lisa BLACKPIG’.

Sementara itu, menerusi pemerhatian KopiPlanet.com mendapat akaun Instagram rasmi milik pelakon itu kini sudah tidak ada lagi.

Ia dipercayai sama ada pelakon itu telah memadam akaun Instagram miliknya atau hasil report yang dibuat oleh peminat Kpop kepada pihak Instagram.

Selain itu, menerusi pemerhatian KopiPlanet.com juga mendapati akaun Twitter miliknya juga sudah tiada pada pagi ini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
3
+1
3
+1
2
+1
19
+1
5
+1
3
+1
4

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button