• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Jay- Z Terlibat Dalam Syarikat Jual Ganja, Dilantik Pakar Strategi

Rapper terkenal, Jay-Z kini dikatakan menceburi bidang perniagaan industri ganja dan dilantik sebagai pakar strategi dalam syarikat Caliva yang berpangkalan di California, Amerika Syarikat.

Caliva, syarikat penghasilan ganja yang sebelum ini berpusat di San Jose telah ditubuhkan pada empat tahun lalu.

Dengan pelantikannya sebagai pakar strategi, suami kepada Beyonce itu akan mengetuai jabatan yang lebih memberi fokus kepada daya kreatif syarikat tersebut.

Jay-Z juga bertekad untuk untuk meningkatkan latihan kerja untuk bekas banduan selain mahu mengembangkan lagi industri penjualan ganja secara sah di negara Uncle Sam itu.

“Kami mahu mencipta sesuatu yang mengagumkan serta beri kebaikan kepada setiap individu di luar sana,” kata Jay-Z.

Jay-Z merupakan selebriti terbaharu yang melibatkan diri dalam bisnes jualan ganja selepas 11 negeri di Amerika telah meluluskan penjualan ganja untuk tujuan rekreasi/bersantai.

Sebelum ini, Snoop Dogg turut menjual ganja jenamanya sendiri, Leafs by Snoop dan aktres, Whoopi Goldberg pada 2016 telah melancarkan produk pil daripada ganja yang bertujuan mengurangkan kekejangan ketika haid. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend