FilemTerkini

JC Chee, Juwei Teoh Tak Kekok Lakonkan Babak Intim

Pelakon JC Chee menyatakan dia tidak berasa kekok untuk melakonkan babak-babak intim bersama Juwei Teoh yang merupakan gandingannya dalam filem Get Hard.

Menurut JC, sebelum penggambaran bermula, dia dan Juwie telah diberitahu oleh pengarah bahawa mereka perlu melakonkan babak-babak intim.

“Melakonkan babak intim sudah semestinya satu cabaran yang besar buat saya, apatah lagi perlu dilakukan di hadapan orang ramai.

“Bagaimanapun, saya tidaklah kekok untuk melakukannya kerana sebelum beraksi di depan kamera, saya dan Juwei banyak berkomunikasi,” ujarnya.

Menurut pelakon yang pernah popular dengan filem Ola Bola menerusi watak Tauke, sebagai pelakon dia perlu elak berasa malu dan harus bertindak profesional bagi menjayakan watak tersebut.

Filem Get Hard mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Tang Wenhu (JC Chee) berusia 26 tahun yang memiliki masa depan yang cerah dalam kerjaya dan mempunyai penampilan yang menawan serta amat popular dalam kalangan kaum wanita, tetapi ada masalah mati pucuk.

Tang mempunyai seorang teman wanita iaitu KeLi (Juwei Teoh) dan mereka sudah bercinta selama lima tahun, tetapi tidak pernah mengadakan hubungan intim. Secara tiba-tiba, ibu Tang jatuh sakit dan memaksanya untuk berkahwin dalam masa 30 hari.

Sementara itu, Juwei yang membawakan watak sebagai teman wanita JC Chee dalam filem Get Hard ini memberitahu dia sangat gembira apabila dipilih pengarah untuk berlakon dalam filem tersebut.

Ujarnya, dia berasa sangat bertuah kerana berpeluang untuk berlakon dengan barisan pelakon yang sangat berpengalaman seperti JC Chee dan Sarah Lian.

“Selain melakonkan babak intim, antara cabaran lain yang perlu saya lalui apabila perlu melakukan adegan menangis.

“Untuk adegan itu sahaja, saya perlu menangis sebanyak 10 kali sebelum babak itu diterima oleh pengarah,” ujarnya.

Filem Get Hard akan ditayangkan di pawagam pada 8 Mac 2018 di pawagam seluruh negara. Namun ia hanya untuk tontonan 18 tahun ke atas sahaja. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button