AntarabangsaHollywood

Justin Bieber Sokong Keputusan Selena Masuk Pusat Pemulihan

Penyanyi Justin Bieber menyokong penuh keputusan kekasihnya, Selena Gomez untuk menyertai pusat pemulihan bagi mengubati penyakit kemurungan yang dialami penyanyi wanita berusia 26 tahun itu.

Selena dilaporkan telah menghabiskan masa selama dua minggu di sebuah rehab di Connecticut sebelum bercuti dengan Justin di Laguna Beach, California minggu lalu.

Menurut laporan, Justin yang mencadangkan mereka bercuti dan menghabiskan masa bersama sebagai salah satu sokongan buat kekasihnya itu yang sudah beberapa tahun bertarung dengan masalah kemurungan.

Menurut sumber, pasangan itu kelihatan gembira malah tidak segan-silu mempamerkan kemesraan di antara satu sama lain sepanjang menikmati percutian tersebut.

Pasangan ini walau bagaimanapun tidak dapat berdua-duaan bersama pada Hari Kekasih memandangkan Selena perlu terbang ke New York untuk menghadiri Minggu Fesyen New York yang berlangsung sepanjang minggu ini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button