AntarabangsaHollywood

Jensen Ackles Sedih Supernatural Ditamatkan Lepas 15 Tahun Bersiaran

Selepas 15 tahun bersiaran, akhirnya drama genre suspen seram, Supernatural bakal melabuhkan tirainya menerusi musim terakhir yang akan ditayangkan bermula Oktober ini.

Menurut salah seorang pelakon utamanya, Jensen Ackles yang membawakan watak Dean Winchester dia berasa sayu dan sedih apabila akhirnya perjalanan adik-beradik Winchester sampai ke penghujungnya.

“Perjalanan yang panjang sudah hampir ke penghujungya. Jared sudah pun mempunyai tawaran kerja yang lain, begitu juga saya. Kami akan cuba hasilkan musim penamat yang akan diingati selama-lamanya.

“Saya berasakan ini bukanlah penamat kepada cerita ini, rasanya macam seolah-olah kami akan gantung sebentar siri ini dan bila ada kesempatan di masa akan datang, ia akan bersambung semula,” katanya.

Sementara itu, rakan gandingannya, Jared Padalecki yang membawakan watak adik kepada Dean iaitu Sam Winchester juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih di atas sokongan peminat siri tersebut.

“Hari terakhir saya memainkan watak Sam Winchester. Sudah tentu saya sedikit beremosi namun saya akan habiskan tanggungjawab saya terhadap watak ini.

“Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan terhadap drama ini sejak ia mula bersiaran 15 tahun lalu,” tulisnya.

Tujuh episod terakhir Supernatural akan mula ditayangkan mulai 8 Oktober di saluran CW.

Supernatural yang diterbitkan Eric Kripke mula bersiaran pada 13 September 2005. Ia mengisahkan tentang dua beradik lelaki yang memburu hantu dan entiti misteri yang mengganggu kehidupan orang di sekeliling mereka. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button