• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Jessica Alba Timang Anak Lelaki, Hayes Warren

Pelakon gred A Hollywood, Jessica Alba selamat menimang cahaya mata ketiga pada 31 Disember lalu.

Hadiah tahun baharu buat Jessica dan suaminya, Cash Warren itu diberi nama Hayes Warren oleh kedua ibu bapanya.

Aktres berusia 36 tahun itu berkongsikan berita gembira tersebut menerusi laman Instagramnya semalam.

Pasangan itu turut mempunyai dua anak perempuan, Honor, 9, dan Haven, 6.

Jessica sebelum ini mengumumkan berita kehamilan ketiganya itu pada Oktober lalu dengan berkongsikan foto mendedahkan jantina anaknya itu kepada umum. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend