AntarabangsaKpop

Ji Hyo Umum Undur Diri Dari Syarikat Pengurusan MY Company

Pelakon dan bintang program Runningman, Song Ji Hyo mengumumkan dia kini sudah tidak lagi berada di bawah syarikat pengurusan, MY Company.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan MY Company, kontrak Ji Hyo bersama mereka sudah tamat pada 30 September lalu.

“Berkuatkuasa 30 September lalu, agensi pengurusan MY Company sudah tidak lagi menguruskan kerjaya Song Ji Hyo,” tulis kenyataan tersebut.

Ji Hyo sudah bernaung di bawah agensi tersebut sejak Disember 2016. Malah adik lelaki Ji Hyo yang juga merupakan seorang pelakon, Chun Sung Moon juga berada di bawah pengurusan yang sama.

Dalam perkembangan sama, Ji Hyo kini sedang sibuk di lokasi penggambaran bagi filem terbaharunya yang berjudul Daughter. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button