• FOLLOW US
Antarabangsa, Kpop

Jimin BTS Derma RM355,000 Kepada Pelajar Susah Di Busan

Meskipun namanya sudah terkenal dan digilai ramai, ternyata Jimin BTS masih ingat lagi asal usulnya apabila baru-baru ini dipuji kerana menderma sejumlah wang berjumlah 100,000,000 won (RM355,000) kepada pelajar susah di kampung halamannya, Busan, Korea Selatan.

Pejabat Pendidikan Daerah Busan melaporkan Jimin telah mewakilkan bapanya untuk menyerahkan sumbangan tersebut kepada jabatan itu.

“Jimin sebelum ini juga turut menyumbangkan 60 album BTS yang ditandatangani semua ahli kumpulannya dan juga membayar uniform sekolah untuk 10 pelajar tidak berkemampuan di sekolah lamanya,” dedah wakil jabatan itu.

Wang yang disumbangkan oleh Jimin akan digunakan untuk menyara persekolahan pelajar kurang berkemampuan dari16 buah sekolah diseluruh Busan.

Kejayaan BTS yang kini semakin menakluk peminat dari seluruh dunia semakin terbukti apabila baru-baru ini kumpulan itu telah berjaya memenangi dua trofi Anugerah Muzik Billboard Amerika Syarikat menerusi kategori ‘Popular Group/Duo’ dan ‘Top Social Artist’ yang mana mengalahkan ramai nama besar penyanyi antarabangsa lain.

BTS juga baru-baru ini telah melancarkan lagu duetnya bersama Halsey berjudul Boy With Luv yang kini semakin mendapat perhatian peminat mereka yang digelar ‘Army’. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend