• FOLLOW US
Event, Hiburan

Joe Flizzow Menang Artis Terbaik Asia Tenggara MTV EMA 2018

Penyanyi rap Joe Flizzow mencipta sejarah apabila bergelar selebriti pertama dari Malaysia yang berjaya memenangi trofi Artis Terbaik Asia Tenggara menerusi Anugerah Muzik Eropah MTV 2018 (MTV EMA 2018) yang berlangsung di Sepanyol, semalam.

Joe berjaya menewaskan calon lain yang tersenarai seperti Afgan (Indonesia), IV of Spades (Filipina), Min Hang (Vietnam), Slot Machine (Thailand), The Sam Willows (Singapura) dan Twopee Southside (Thailand).

“Hari ini dalam sejarah. Untukmu, Malaysia! Terima kasih semua. Terima kasih MTV untuk anugerah ini. Saya ingin dedikasikan kemenangan ini buat semua peminat dan kawan-kawan di Malaysia. Terima kasih keluarga, label saya Sony Kartel, pengurusan dan semua yang percaya serta mengundi saya”

“Ini membuktikan walaupun industri hip hop di Malaysia kecil, namun disebabkan kita bersatu-padu, sangat berbaloi untuk pencapaian ini. Tidak ketinggalan buat semua pengamal hip hop sekitar Asia, Thailand, Singapura, Indonesia dan Filipina, hip hop Asia masih berbisa,” tulis Joe di laman Instagramnya.

Dalam majlis yang sama, Joe turut berkongsikan beberapa gambarnya bersama selebriti antarabangsa seperti Lindsay Lohan, Dua Lipa dan Terry Crews. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Joe Flizzow

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend