AntarabangsaHollywood

Johnny Depp Mengaku Amber Heard Pernah Cucuh Rokok Di Mukanya

Kisah mengenai pelakon Johnny Depp dan Amber Heard masih lagi belum berakhir, biarpun sebelum ini Johnny pernah membuat sejumlah tuntutan kepada bekas isterinya yang menjadi punca jarinya pernah patah.

Yang terbaharu, bintang Fantastic Beasts: The Crimes Of The Grindelwald itu mengakui bahawa Amber pernah mencucuh rokok di mukanya ketika awal perkahwinan mereka pada tahun 2015.

“Pada tanggal 8 Mac 2015, selepas umum mengetahui tentang pernikahan mereka, Amber telah melakukan satu lagi perbuatan kekerasan seperti yang berlaku sebelumnya,” ujar Adam Waldman yang merupakan peguam kepada Johnny.

Sebelum ini, Amber dikatakan telah melakukan kekerasan dengan melempar botol vodka ke arah Johnny sehingga menyebabkan jari bekas suaminya itu mendapat kecederaan yang parah.

Menurut Adam, akibat kejadian tersebut jari tengah di tangan kanannya terpaksa dibedah. Malah, Amber juga pernah menendang Johnny ketika beraksi diranjang.

Jelasnya, semasa di ranjang itu juga Amber sempat melakukan kekerasan dengan mencucuh rokok di wajah bekas suaminya itu.

Secara rasminya, Johnny telah membuat tuntutan pada 1 Mac lalu akibat kekerasan yang dilakukan oleh Amber sebanyak USD50 juta (RM200 juta). – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button