AntarabangsaHollywood

Jual Pegangan Saham, Kim Kardashian Kini Bakal Bergelar Bilionaire

Sosialit terkenal, Kim Kardashian dilaporkan bakal bergelar bilionaire selepas dia bersetuju untuk menjual sebanyak 20 peratus pegangan saham miliknya dalam syarikat jenama kecantikan yang diasaskannya, KKW Beauty kepada syarikat Coty.

Perjanjian bernilai AS$200 juta (RM857 juta) itu melayakkan Kim bergelar antara individu yang berjaya meraih status bilionaire.

Menurut Kim, perjanjian kerjasama itu akan memberikannya lebih ruang untuk mendapatkan idea kreatif bagi memasarkan produknya ke seluruh dunia.

Coty, syarikat yang memasarkan produk kecantikan dan kesihatan kulit itu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap produk kecantikan rambut, kulit, dan kuku di bawah jenama milik Kim, KKW Beauty.

“Dengan pengaruh Kim serta kepakaran kami dalam bidang kecantikan, kami akan bersama-sama menubuhkan sebuah jenama kecantikan terkemuka dan berdaya saing,” kata wakil Coty.

Menurut laporan Forbes yang diterbitkan pada bulan lalu, nilai aset kekayaan yang dimiliki Kim adalah sebanyak AS$49.5 juta (RM212 juta). – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button