• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Justin Timberlake, Missy Elliot Terima Ijazah Kedoktoran Berklee College

Penyanyi Justin Timberlake, Missy Elliot dan Alex Lacamoire telah dianugerahkan ijazah kedoktoran muzik (PhD) daripada kolej muzik terkenal dunia, Berklee College of Music pada Sabtu lalu.

Kejayaan tertinggi itu diberikan kepada tiga selebriti itu di atas sumbangan mereka dalam bidang muzik sehingga meninggalkan impak besar terhadap perjalanan karier seni masing-masing.

Justin yang teruja dengan anugerah itu berkongsikan berita gembira tersebut di laman media sosialnya dengan menulis, “Tiada impian yang tidak boleh dicapai, teruskan mengejarnya, percayalah, saya kini bergelar Doktor Falsafah.

“Terima kasih kepada Berklee College untuk penganugerahan ini. Saya merasa sangat bersyukur dan berbesar hati,” ujarnya.

Dalam entri tersebut, Justin turut memuat naik gambarnya memakai jubah graduasi serta sijil pengiktirafan yang diterimanya.

Justin memulakan kerjayanya dalam bidang seni sejak kecil dengan memasuki Disney Club sebelum menyertai kumpulan N’sync yang turut dianggotai JC, Chris, Joey dan Lance.

Suami kepada aktres Jessica Biel itu kemudiannya mengambil keputusan meninggalkan kumpulan itu bagi meneruskan kerjaya solonya pada 2002. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend