Cerita ArtisHiburan

K-Clique Bakal Lancarkan Buku Biografi Perjalanan Dunia Seni

Kumpulan hip hop popular, K-Clique bakal melancarkan sebuah buku biografi yang berkisarkan tentang perjalanan dunia seni mereka.

Salah seorang ahli kumpulannya, Tuju berkata, menerusi biografi itu, pembaca akan dapat mengetahui kisah permulaan sebelum mereka bergelar artis sehinggalah mengecap populariti sekarang ini.

“Setakat ini semuanya telah siap dan menunggu masa untuk dilancarkan. Kalau ada rezeki, mungkin buku berjudul Merais ini akan dilancarkan satu atau dua bulan lagi.

“Sebelum ini ramai yang ingin tahu tentang penubuhan K-Clique serta perjalanan karier kami. Dalam buku ini juga, setiap ahli ada kisahnya masing-masing,” ujarnya.

> Baca: Afieq Shazwan Akui Masih Single, Gadis Bertudung Jadi Idaman

Menurutnya, dengan terbitnya buku ini juga, para peminat K-Clique akan dapat mengenali mereka dengan lebih mendalam.

“Tidak dinafikan yang kami memang sangat teruja dengan buku ini. Malah, ia boleh dijadikan inspirasi kepada peminat memandangkan kami ini bukan siapa-siapa,” jelasnya.

Dalam pada itu, Tuju menyatakan lagu terbaharu mereka yang turut menggunakan tajuk Merais telah mendapat sambutan hangat peminat sehingga menjadi trending nombor satu di YouTube.

“Kami pun tidak sangka dengan sambutan ini, namun masih ramai lagi yang meminati lagu K-Clique. Biarpun pernah terpalit dengan beberapa isu, peminat masih lagi menyokong kami,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram K-Clique

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button