AntarabangsaHollywood

Kaia Gerber & Pete Davidson Dilihat Jalan Berpegangan Tangan

Tidak lama setelah hubungan bintang komedi Pete Davidson dan Margaret Qualley berakhir, ternyata Pete sudah berhasil menemui pengganti.

Seperti khabar angin yang sudah tersebar, Pete dikatakan sedang menjalin hubungan dengan model Kaia Gerber yang juga anak kepada Cindy Crawford.

Bagaimanapun, sepanjang gosip berkenaan bertebaran paparazi gagal untuk mengambil sebarang gambar mesra kedua-duanya gara-gara Pete dan Kaia jarang muncul bersama-sama.

Namun begitu, semuanya kini seakan-akan terjawab dengan tersebarnya gambar Pete dan Kaia yang kelihatan jalan berdua sambil berpegangan tangan.

Ternyata menerusi gambar berkenaan, ia telah menguatkan lagi spekulasi terhadap hubungan percintaan yang sudah terjalin antara mereka berdua. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button