Cerita ArtisHiburan

“Kalau Dah Ada Keserasian, Kesefahaman Saya Tidak Kisah” – Intan Ladyana

Dua kali menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki yang lebih muda, Intan Ladyana menyatakan ia bukanlah satu perkara perkara yang perlu dibangkitkan.

Intan berkata, apabila membicarakan soal jodoh, ia sebenarnya adalah sesuatu yang tidak dijangka sama sekali, terutama sekali membabitkan soal umur.

“Kalau dah ada keserasian dan kesefahaman saya tidak kisah kerana usia bukanlah penentu kebahagiaan. Sebelum ini pun saya pernah bercinta dengan lelaki yang lebih muda.

“Kalau bercakap tentang jodoh kita sendiri pun tidak tahu sama ada jodoh kita itu dengan lelaki yang lebih tua, sebaya atau pun lebih muda,” ujar pelakon berusia 38 tahun itu.

Intan berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran produk terbaharu AG Beauty Face Mist dan AG Beauty Serum, di mana dia bertindak sebagai duta.

> Baca: Sedang Sarat Mengandung, Fazura Sempat Lancar Single Baharu Noktah

Ketika ini, pelakon berkenaan sedang menjalin hubungan cinta dengan pelakon Harris Alif yang usianya 17 tahun lebih muda daripadanya.

Mereka dikatakan sudah lama mengenali antara satu sama lain, namun mula akrab pada awal tahun ini dah kemudian menjalinkan hubungan cinta beberapa bulan lalu.

Dalam pada itu, Intan juga menolak dakwaan bahawa dia akan menamatkan zaman bujangnya pada Mac tahun hadapan.

“Bulan tiga… saya pun baru dengar ni. Kalau ada akan diberitahu. Takkanlah tak beritahu, mestilah saya akan beritahu,” ujarnya.

Menurut Intan, pengalaman lalu juga sebenarnya banyak memberikan pengajaran kepada dirinya untuk tidak terlalu bercerita mengenai hal peribadi.

Mengenai projek terbaharunya pula, Intan kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama bersiri untuk slot Samarinda berjudul Bougainvillea yang dijangka akan ditayangkan pada bulan Disember ini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button