• FOLLOW US
Antarabangsa, Kpop

Kanye West Jadi Pengikut Terbaharu Baekhyun EXO Di Twitter

Penyanyi antarabangsa terkenal, Kanye West menjadi pengikut terbaharu ahli kumpulan EXO, Baekhyun di laman sosial Twitternya.

Kanye, suami kepada Kim Kardashian itu dikatakan mengikuti akaun media sosial Baekhyun selepas melihat satu video persembahan jejaka Korea itu baru-baru ini.

Baekhyun yang teruja dengan perkara itu kemudiannya turut saling mengikuti Twitter Kanye. Sehingga kini, Baekhyun mempunyai hampir 1.6 juta pengikut di Twitternya.

EXO mempunyai sembilan orang ahli dan antara lagu hits mereka ialah Growl, Call Me Baby dan Love Me Right.

Kumpulan ini juga sudah mengeluarkan single terbaharu, Tempo pada bulan ini yang mana seperti biasa mendapat sambutan luar biasa daripada peminat fanatik EXO. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend