• FOLLOW US
Antarabangsa, Bollywood

Kartik Aaryan Sedia Bertemu Janji Dengan Anak Saif Ali Khan

Selepas pelakon Sara Ali Khan mengatakan bahawa dia senang untuk bertemu janji dengan pelakon Kartik Aaryan menerusi satu program bual bicara bersama Karan Johar, perkara itu nampaknya telah menarik perhatian peminat kedua-dua selebriti tersebut.

Peminat turut meminta Kartik untuk mengulas sama mengenai perkara tersebut.

Sementara itu, bapa kepada Sara iaitu pelakon Saif Ali Khan mengatakan bahawa sekiranya lelaki tersebut mempunyai status kewangan yang stabil, dia tidak teragak-agak untuk memberi keizinan kepada Kartik untuk membawa anaknya bertemu janji.

Apabila Karan meminta Kartik mengulas, Kartik memaklumkan dirinya merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh bapa Sara dan berusaha untuk memperoleh banyak wang agar boleh membawa Sara keluar.

Kartik secara berseloroh menambah bahawa dirinya memiliki beberapa baki wang di dalam akaun dan kini hanya menunggu tarikh daripada Sara untuk membawanya keluar ‘dating’. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend