AntarabangsaHollywood

Kate Middleton Derma Rambut Pada Badan Kebajikan

Duchess of Cambridge, Kate Middleton baru-baru ini dilaporkan telah mendermakan sebahagian daripada rambutya kepada sebuah badan kebajikan, The Little Princess Trust.

Daripada dibuang begitu sahaja, isteri kepada Putera William itu membuat keputusan memberikan rambut yang telah dipotongnya itu untuk tujuan kebaikan.

Kate mendermakan tujuh inci panjang rambutnya kepada badan kebajikan itu yang membuat rambut palsu dengan menggunakan rambut sebenar manusia.

The Little Princess Trust merupakan pertubuhan kebajikan di United Kingdom yang mengumpul membuat rambut palsu untuk kanak-kanak yang menghidap kanser.

Selain Kate, penyanyi Harry Styles terlebih dahulu telah menyumbangkan rambut panjangnya kepada pertubuhan itu pada dua tahun lalu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button