
Kekasih Taylor Swift Pertama Kali Buka Mulut Tentang Hubungan Mereka
Akhirnya teman lelaki kepada Taylor Swift iaitu Joe Alwyn terbuka untuk bercerita tentang hubungannya dengan penyanyi itu yang tercetus sejak Mac tahun lalu.
Menurut Joe, 27, dia mempunyai sebab dan alasan tersendiri kenapa menghindarkan diri daripada bercerita mengenai hubungan mereka kepada pihak media dan umum.
“Saya tahu ramai yang nak tahu tentang hubungan kami. Tapi saya rasa kammi telah berjaya jadikan hubungan ini sesuatu yang sangat peribadi dan saya lebih suka kalau bercerita tentang kerja kami sahaja,” katanya memetik laporan Page Six.
Selepas berpisah dengan Calvin Harris dan Tom Hiddleston pada 2016, Taylor, 29, menyepikan diri seketika daripada glamor Hollywood dan hanya muncul kembali pada bulan Mei 2017 dengan laporan berita mendakwa dia sedang bercinta dengan pelakon British tersebut.
“Taylor dan Joe benar-benar serius dan tidak main-main dengan hubungan yang dijalinkan. Tetapi selepas apa yang berlaku terhadap hubungannya dengan Tom Hiddleston, Taylor dan Joe ambil keputusan untuk tidak mendedahkan percintaan mereka kepada umum,” dedah satu sumber rapat dengan pasangan tersebut.
Pasangan itu dikesan berpegangan tangan di tempat awam pada Disember 2017 sebelum aktor itu menemani Taylor ketika dia menjayakan persembahan di New York selain mendaki gunung bersama di Malibu pada Mac lalu. – KopiPlanet.com