Cerita ArtisHiburan

Keluarga Tiada Halangan Hafreez Adam Pilih Zara Zya

Pelakon Hafreez Adam, 28, menjelaskan keluarganya tidak mempunyai sebarang halangan dia menjalin cinta dengan wanita yang agak berusia daripadanya.

Menurut Hafreez, keluarganya lebih-lebih ibunya bersikap terbuka mengenai hal tersebut biarpun terdapat jurang usia lima tahun dengan Zara Zya, 33.

“Keluaraga saya memang tiada halangan biarpun dia lebih matang daripada saya. Kata mereka itu adalah hak saya untuk menentukan sendiri asalkan saya gembira dengan pilihan saya.

“Lagipun keluarga saya memang berlapang dada menerima Zara sebabnya walaupun dia artis namun imej dia dalam bidang seni sangat bersih malah dia tidak pernah dikaitkan dengan cerita-cerita negatif,” kata Hafreez kepada KopiPlanet.com.

Hafreez ditemui pada Majlis Previu Program Syawal Meriah Bersama Astro di Hotel Majestic, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Hafreez antara sebab dia terpikat dengan Zara adalah disebabkan sikap kelakar yang dimiliki wanita itu dan mengakui sebenarnya sudah lama jatuh hati pada pelakon itu sejak empat tahun lalu.

“Sebenarnya saya dah empat tahun kenal Zara, drama pertama yang saya berlakon pun dengan dia. Masa itu saya bawa watak pembantu sahaja dan dari situ memang saya dah tertarik dengan dia sebab sikap kelakar dia, cuma pada masa itu saya belum ada keberanian nak dekati dia.

“Bila berlakon sama dalam Monalisa, baru saya timbul keberanian dan dari situ saya mengaku yang saya sukakan dia. Sebenarnya, kalau nak tahu air Starbucks yang jadi pengikat cinta kami sebab dia suka minum jadi bila saya selalu beli untuk dia, dari situ dia mula perasaan yang saya ada perasaan pada dia,” ujar Hafreez.

Ketika ditanya mengenai fasa seterusnya, pelakon asal Muar, Johor ini berkata buat masa ini mereka memberikan masa setahun untuk lebih mengenali hati budi masing-masing sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

“Tipulah kalau tiada perancangan. Kami ada berbincang tapi bukan secara serius sebab kami beri masa sekurang-kurangnya setahun untuk kenal dahulu sebagai pasangan kekasih. InsyaAllah, kalau ada jodoh ke peringkat seterusnya, saya nak kahwin terus, tak nak ada majlis tunang,” katanya lagi.

Sementara itu, dalam perkembangan seni, Hafreez kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama bersiri adaptasi novel Pencuri Cinta Kelas Satu bersama Emma Maembong yang akan ditayangkan di Astro Ria tidak lama lagi. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Hafreez Adam

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button